Ahad, 13 Disember 2009

Tembikai beri kesan seperti Viagra?



LUBBOCK: Sekumpulan penyelidik yang menjalankan kajian ke atas buah tembikai mendapati, ia mampu menyegarkan tubuh, memperbaiki aliran darah dan berupaya memberi kesan yang sama dengan Viagra jika dimakan selalu.

Penyelidik dan pengarah Pusat Peningkatan Buah dan Sayuran A&M's di Texas, Bhimu Patil berkata, buah tembikai mengandungi sejenis bahan dikenali sebagai 'citrulline' yang boleh menghasilkan sebatian bagi membantu merehatkan saluran darah, sama seperti jika lelaki menelan pil Viagra..

Beliau menekankan, amalan memakan tembikai membolehkan unsur 'citrulline' di dalam buah itu berubah menjadi 'arginine', sejenis asid amino yang penting untuk kesihatan jantung, kelancaran aliran darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia
"Unsur 'arginine' meningkatkan kandungan nitrik oksida yang melegakan saluran darah, kesan yang sama diperolehi apabila seseorang mengambil pil Viagra untuk mengatasi kegagalan rangsangan malah ia mungkin mampu mencegahnya," kata penyelidik itu.
Patil turut berkata, pada masa depan, beliau merancang untuk menjalankan kajian mengenai cara mengurangkan kandungan gula di dalam tembikai, sebagai langkah mengatasi peningkatan kadar gula dalam aliran darah apabila seseorang memakan buah berkenaan.
Beliau berkata, kesan daripada amalan memakan buah tembikai mungkin tidak sehebat Viagra tetapi ia kaedah yang amat baik untuk melegakan saluran darah dan mengatasi kesan sampingan daripada memakan ubat.
Makan buah tembikai boleh membantu golongan menghadapi masalah kegemukan atau obes dan diabetes jenis 2. - Agens

Tiada ulasan: