Sabtu, 5 Disember 2009

Hindarilah Makanan Syubhah




Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang haram.

Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun haram. Syubhah timbul kerana berlakunya percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama dengan lain.

Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.

Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.

Sabda Rasulallah yang mafhumnya
yang halal itu jelas yang haram juga jelas tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Perkembangan bioteknologi dalam penghasilan makanan dengan memasukkan unsur-unsur haram atau yang tidak diketahui puncanya bagi menghasilkan produk makanan yang lebih berkualiti atau tahan lama seperti yang diamalkan dalam sesetengah geneticaly modified food (GMF) boleh menambah makanan syubhah di pasaran. Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

how about the carmine?

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Salam, syami.
Thanks for the question, please refer to my last post under "pewarna makanan" labels.

UMMI ANGGUN berkata...

salam,
sekarang org muslim kita dah ramai yang menghasilkan makanan kita sendiri,jadi pengguna islam yang bijak dengan memilih makanan yang di asaskan oleh org islam..sudi-sudikanlah jenguk ke laman saya untuk mendapatkan keju halal buatan malaysia oleh org muslim kita sendiri www.cheezyhouse.blogspot.com

wassalam