Jumaat, 21 Ogos 2009

"ADAKAH CHOCOLATE LIQUOR HARAM?"




Jika kita peminat coklat pasti kita pernah melihat pada list ramuan perkataan "chocolate liquor".
Ape itu chocolate liquor?
Ia sejenis coklat cecair, mengandungi pepejal coklat dan koko butter.
Dihasilkan daripada biji koko yang telah diperam, dikeringkan, dipanggang, dan dipisahkan daripada kulitnya seterusnya diperah.
Coklat liquor akan disejukkan dan dibentuk kepada bentuk blok untuk dikenali sebagai "unsweetened baking chocolate".
Chocolate liquor berbeza dengan chocolate liqueur.
Chocolate liquor dihasilkan daripada pemprosesan biji koko manakala chocolate liqueur adalah sejenis alkohol berperisa coklat!
Tiada masalah untuk ramuan yang mengandungi chocolate liquor.


Sebab koko liqour hanya merujuk kepada istilah cairan koko selepas di perah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas pencerahan.

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Coklat liquor tak haram... cuma istilah Choclat Liquor ni adalah hanya hasilan cioklat yang merujuk cairan..selepas pemerahan biji koko.