Selasa, 18 Ogos 2009

"SODIUM BENZOAT"

Jika kita membeli produk makanan seperti kicap atau sos cili pasti kita menemui perkataan Sodium Benzoat sebagai salah satu bahan ramuan yang digunakan.
Ia adalah sejenis bahan pengawet yang dibenarkan didalam Akta Makanan dengan paras tetentu untuk digunakan didalam makanan.
Sodium Benzoat adalah sejenis garam yang juga boleh didapati secara semulajadi di dalam beberapa makanan seperti buah apel, plum, buah cranberries, cengkih, kayu manis dan lain-lain, tetapi kebanyakanya dihasilkan secara kimia dan ditambah sebagai pengawet makanan.
Berfungsi untuk membunuh bakteria, yis dan fungi.
Biasanya digunakan untuk mengawet makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi, seperti jus minuman, cuka, salad dressing dan lain-lain.




Tiada ulasan: