Ahad, 15 Februari 2009

ASID BORIK




Pernah satu ketika dulu hebat diperkatakan diakhbar mengenai penggunaan asid borik didalam produk mee. Banyak syarikat pengeluar mee diserbu dan dikenakan tindakan.


Apa itu asid borik?

Ia merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).

Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan.

Asid borik tidak dibenarkan hadir didalam makanan atau produk makanan.

Jika terdapat kehadiran asid borik didalam makanan ia adalah disebabkan oleh pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata.

Asid borik digunakan oleh pengusaha makanan ini sebagai untuk memanjangkan jangkahayat dan kesegaranya.

Asid borik adalah bahan pengawet yang dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Produk makanan yang selalu mengandungi bahan pengawet ini seperti mee kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mee wantan, mee hokien, bee hoon, kulit popia dll.

Individu yang telah memakan makanan mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, diarrhea, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang dan kematian.

Cara untuk mengesan kehadiran asid borik ini boleh mengunakan air kunyit, tetapi ia bukan ujian penentuan kesahihanya.

Ia boleh juga memberikan keputusan yang salah. ini kerana tindak balas air kunyit dengan Natrium bikarbonat (air abu ) yan digunakan untuk membuat mee boleh menyebabkan mee bertukar dari kuning ke warna merah.Jadi cara yang terbaik adalah pengujian di makmal.

Jadi tip hari ini carilah mee kuning yang telah mendapat sijil halal sahaja, kerana penggunaan bahan ramuan dan keselamatanya telah dipastikan.

Apa kata anda?


Sumber : KKM, HDC



Rabu, 11 Februari 2009

"Blood Plasma"

Blood plasma/plasma darah digunakan didalam produk yang berasaskan daging untuk memberikan warna atau kekenyalan.

Ia juga akan meningkatkan mutu daging.   (ini ialah Porcine Blood Plasma Powder)

Biasanya plasma darah ini diperolehi daripada hasilan penyembelihan haiwan.

Darah atau plasma darah merupakan sejenis protin yang sesuai untuk digunakan dalam produk yang berasaskan daging.

Plasma darah boleh diperolehi dalam bentuk serbuk atau cecair.

Banyak ditambah dalam produk sosej dan banyak bahan mentah contohnya surimi, MDM (mechanically deboned meat), luncheon meat dan lain-lain.

Yang menjadi isunya darah apa yang digunakan, darah tidak boleh digunakan untuk produk halal.

Porcine plasma juga ada digunakan kerana ia adalah hasil buangan daripada penyembelihan khinzir.

Apa kata anda?

Selasa, 3 Februari 2009

"HOT DOG"!!!!

Ingat lagi masa pergi oustation di Johor.

Semasa temubual dengan pemilik premis, kami bertanya "Tak bela anjing ke towkey?", "Woo sini kucing pun tarak...."

Menurut pemilik kilang ni, dulu anjing dan kucing berkeliaran...tapi semenjak pekerja dari asing tinggal dikawasan ni..bilangan anjing dan kucing turun dengan drastik..

Ape puncanye? Rupe-rupenya mereka pengemar daging anjing...pemilik kilang pernah bertanya kepada pekerjanya kenape memakan anjing?

mereka menjawab, kalau tak dapat makan seminggu seperti tak makan nasi...

Patutlah dikawasan itu dilaporkan banyak kehilagan kucing dan anjing peliharaan.

Apa kata anda?


P/S: gambar hanya untuk hiasan dan tidak berkaitan dengan cerita tadi...