Selasa, 6 Januari 2015

tips memilih minyak rambut




Baru sebentar tadi seoarang kenalan bertanyakan mengenai minyak perapi rambut yang digunakan oleh sebuah kedai berdekatan rumah beliau. Kedai ini menjadi pilihan beliau untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut dan menjadi pilihan pengunjung di sekitar kawasan perumahanya.

Hari ini merubah segalanya persepsi beliau terhadap kedai gunting tersebut apabila beliau terpandang minyak perapi rambut yang digunakan ada lambang babi, alangkah terkejut teramat.

Terus bermain dibenak fikiran beliau, adakah minyak daripada babi yang telah disapu ke kepala beliau? Walaupun hasil selepas sapuanya menjadikan dirinya bertambah macho dan maskulin tapi kalau daripada babi.... minta maaf. Apakah perlu disamak seluruh kepala? Perlu di gunting habis rambutnya? Jadi apa status rambutnya sekarang?

Tips memilih minyak rambut kali ini membincangkan minyak rambut jenama REUZEL dari Holland. 
Menariknya minyak rambut ini menggunakan ikonik gambar babi sebagai logonya. Kalau di teliti maksud REUZEL dalam bahasa Holland adalah merujuk kepada LARD (Lemak Babi).



Jom kita teliti bahan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini.


Bahan mentah yang dikategorikan sebagai shubhah atau meragukan:

1. Bis-Diglyceryl Polyacyladipate:
Glyerol yang digunakan untuk menghasilkanya dari lemak binatang atau lemak sayuran

2. Emu oil : Emu adalah sejenis burung besar dan perlu dipastikan adakah ia disembelih atau tidak?


Kesimpulan:
Hati lepas ini jika ingin ke kedai gunting..takut-takut anda akan kehilangan Kemachoan dan maskulin anda.





Tiada ulasan: