Pada hunjung minggu yang lepas sempat saya bersama keluarga membeli-belah dipasaraya Bintang di Bangi. Sambil mencari list barangan yang telah ditulis, terjumpa botol dibarisan air minuman berkarbonat seakan-akan botol beer dan yang lebih mengejutkan saya ia tertera logo halal (tulisan sendiri).'Hoffernberg' bila dibaca pada labelnya tertulis ayat halal beer dan 0.0% alkohol dan diperbuat daripada malt serta barli.
Buatan Jerman dengan perkataan arab. Isunya bolehkah kita meminumnya? Beberapa tahun dahulu ada syarikat mengeluarkan minuman Malt dan Fatwa telah mengharamkanya dengan alasan dikilangkan di premis yang sama membuat Arak. Yang memeningkan kepala adalah sesetengah masyarakat kita menggangap perkara ini biasa atau normal sahaja. Cuba pergi makan direstoren makanan timur tengah pasti kita dapat memesan minuman seperti ini. Baunya masam hampir sama dengan beer asli saya kira.Persepsi sekarang sesetengah pengguna menganggap jika ia tiada alkohol dan jika ada tulisan arab maka ia halal. Saya kuathir jika syarikat yang sama membuat arak yang mengeluarkan minuman ini dan menggunakan teknologi terkini mengurangkan atau menghilangkan alkoholnya. Undang-undang dinegara barat tidak mewajibkan pengilang menyatakan peratus kandungan alkohol jika bilanganya sedikit, ini seterusnya boleh istiharkanya free-alkohol?
Jelas dalam al-Quran "Khamar" adalah haram walaupun sedikit.Arak adalah alkohol dan tidak semua alkohol itu adalah arak!. Pernah rakan saya mencerikatakan seorang pengguna yang telah lama berhenti daripada meminum arak tapi telah kembali ke tabiat lama setelah meminum "Halal beer, kerana rasanya dan baunya adalah sama seperti beer asli.
Jika kita renungi mengapa pihak berkuasa seperti JAKIM tidak memberikan pensijilan halal kepada produk sedemikian? atau produk yang sinonim dengan masakan dan minuman yang tidak halal seperti Bak Kut Teh (Sup Herba Tulang Rusuk Khinzir), Bacon, Ham, Hot Dog, Char Siew Sauce (sos perapan untuk daging biasanya babi)dll. Ini adalah kerana untuk mengelakkan umat islam terkeliru dan generasi muda seperti anak-anak kita akan menggangap perkara ini adalah dibolehkan kerana telah terbiasa!.
Persoalan sampai bilakah masyarakat kita akan terkeliru dengan perkara ini. Renungkanlah......
1 ulasan:
betul la en din tp rmai masy kite xprihatin sgt bab2 nie..janji de perkataan arab+tulisan halal (tulis tgn)terus assume bleh minum...
Catat Ulasan