Khamis, 4 Februari 2010

Definasi Halal, Haram, Makruh






HALAL : Iaitu perkara yang dibolehkan, atau Mubah, yang telah gugur daripadanya ikatan atau simpulan bahaya, dan syariat membenarkan perbuatanya.


HARAM: Iaitu perkara yang dilarang oleh syariat melakukanya dengan larangan yang pasti, yakni tidak boleh berubah, sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan itu kepada siksa Allah ta'ala di hari akhirat, dan adakalanya boleh menyebabkan dia menerima siksa yang ditetapkan oleh syariat juga didunia.


MAKRUH : Jika dilarang oleh syariat kepada sesuatu perkara, tetapi ia tidak memberatkan larangan terhadap perkara itu, maka yang demikian itu dinamakan Makruh, iaitu tingkanya lebih rendah daripada Haram dari segi susunanya, dan pelakunya tidak pula dikenakan siksa sebagaimana yang dikenakan ke atas pelaku yang Haram. Cuma bila dilakukan selalu, dan tidak memperdulikan terhadap larangan serupa itu biasanya akan menarik perlakunya kepada yang Haram.

Tiada ulasan: