Khamis, 23 April 2009

"SERUNDING BABI"

Berdasarkan akhbar tempatan pada hujung minggu lepas (18 & 19/4/2009), terdapat laporan yang mengatakan wujudnya Serunding Babi (pada label menunjukkan Serunding Daging Lembu) yang menggunakan logo halal telah dikesan di Indonesia yang telah disahkan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia. Menurut BPOM, daripada 35 jenama serunding yang dianalisis, 5 daripadanya adalah positif mengandungi daging babi (khinzir).

Menurut akhbar itu juga banyak pelancong terutamanya dari Malaysia membelinya sebagai buah tangan bila melancong kesana. Kata mereka lagi sukar untuk bezakan antara daging lembu dengan babi kerana warnanya hampir sama. Jika babi warna merahnya muda sedikit dan tesktur (kekerasan) lembut.

Hati-hati bila membeli produk seperti ini....terutamanya produk berasaskan daging...


Tiada ulasan: