Apabila kita membincangkan mengenai isu makanan halal, kita mestilah memahami definasi halal, haram dan masbuh.
Yang dimaksudkan halal ialah dari segi perkataan bermakna dibenarkan (lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakanya berdasarkan prinsip undang-undang Islam.
Haram pula dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang Islam.
Manakala "masbuh" (suspect) pula bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan