Ahad, 29 Mac 2009

"Asas Untuk Menentukan Status Halal Suatu Makanan"

Terdapat 3 asas utama untuk menentukanya:

1) Sama ada makanan itu sendiri halal

2) Sama ada makanan yang didapati adalah daripada sumber yang halal

3) Ramuan/Kandungan makanan merbahaya kepada makanan tersebut.





Ahad, 15 Mac 2009

"DEFINASI : HALAL, HARAM DAN MASBUH"




Apabila kita membincangkan mengenai isu makanan halal, kita mestilah memahami definasi halal, haram dan masbuh.

Yang dimaksudkan halal ialah dari segi perkataan bermakna dibenarkan (lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakanya berdasarkan prinsip undang-undang Islam.

Haram pula dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang Islam.

Manakala "masbuh" (suspect)  pula bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram.


"SUMBER HUKUM MAKANAN HALAL"





Allah berfirman bermaksud: "Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (Al-A'raf:157).

Allah berfirman bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagi mu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak menyebut nama Allah". (Al-Baqarah: 173)

Rasullullah S.A.W. bersabda : "Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas (masbuh), ramai orang yang tidak mengetahui apakah ia termasuk dalam status halal atau haram?. Oleh yang demikian sesiapa yang menjauhi kerana kepentingan agama dan menjaga kehormatanya, maka ia selamat (Riwayat: Bukhari, Muslim dan Tarmizi).




Sabtu, 14 Mac 2009

"MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ISLAM" PART 2



Apakah dasar pemakanan dalam Islam?

Berdasarkan Al-quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan/minuman yang baik, berkualiti,tidak membawa kemudaratan kepada fungsi tubuh dan mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.

Ini adalah bertepatan dengan konsep "Halalan Toyibban" (Halal lagi baik).


Isnin, 2 Mac 2009

"MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ISLAM"




Salam..hari ini saya ingin mengulangkaji mengenai makanan halal menurut pandangan Islam.

Firman Allah :" Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-maaidah: 88)

Rasullullah bersabda :" Yang halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas, tetapi diantara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan firman Allah dan sabda Rasullullah jelas menunjukkan bahawa kepentingan makanan halal kepada orang islam. Perkara yang syubhah (ragu-ragu) haruslah dijauhi.

Apa pendapat anda?