Rabu, 26 Ogos 2009

"Chocolate Liqueur"




Ia juga dikenali sebagai Cre'me de cacao.

Sejenis yang alkohol berperisa coklat.
Kandungan alkohol adalah berbeza, tetapi kebiasaanya antara 20 hingga 25%.

Jumaat, 21 Ogos 2009

"ADAKAH CHOCOLATE LIQUOR HARAM?"




Jika kita peminat coklat pasti kita pernah melihat pada list ramuan perkataan "chocolate liquor".
Ape itu chocolate liquor?
Ia sejenis coklat cecair, mengandungi pepejal coklat dan koko butter.
Dihasilkan daripada biji koko yang telah diperam, dikeringkan, dipanggang, dan dipisahkan daripada kulitnya seterusnya diperah.
Coklat liquor akan disejukkan dan dibentuk kepada bentuk blok untuk dikenali sebagai "unsweetened baking chocolate".
Chocolate liquor berbeza dengan chocolate liqueur.
Chocolate liquor dihasilkan daripada pemprosesan biji koko manakala chocolate liqueur adalah sejenis alkohol berperisa coklat!
Tiada masalah untuk ramuan yang mengandungi chocolate liquor.


Sebab koko liqour hanya merujuk kepada istilah cairan koko selepas di perah.

Selasa, 18 Ogos 2009

"SODIUM BENZOAT"

Jika kita membeli produk makanan seperti kicap atau sos cili pasti kita menemui perkataan Sodium Benzoat sebagai salah satu bahan ramuan yang digunakan.
Ia adalah sejenis bahan pengawet yang dibenarkan didalam Akta Makanan dengan paras tetentu untuk digunakan didalam makanan.
Sodium Benzoat adalah sejenis garam yang juga boleh didapati secara semulajadi di dalam beberapa makanan seperti buah apel, plum, buah cranberries, cengkih, kayu manis dan lain-lain, tetapi kebanyakanya dihasilkan secara kimia dan ditambah sebagai pengawet makanan.
Berfungsi untuk membunuh bakteria, yis dan fungi.
Biasanya digunakan untuk mengawet makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi, seperti jus minuman, cuka, salad dressing dan lain-lain.




Khamis, 13 Ogos 2009

"Makan Ular"

Malam tadi saya tonton rancangan Asia Food Channel.
Masakan yang berasal daripada Vietnam.
Ada satu part tu pengacara memakan masakan daripada ular tedung...
Jantung ular ditelan mentah dalam keadaan jantung ular itu masih berdegup.
Dagingya dibuat sup, Kulitnya digoreng, Tulang juga digoreng dan darahnya diminum terus...
Masyarakat vietnam mempercayai dengan memakan ular tedung boleh menambahkan tenaga...
Errmmm... boleh difikir-fikirkan....


Rabu, 5 Ogos 2009

"Kajian Terhadap Kualti Daging Khinzir, kambing dan lembu"

Saya ada terbaca pada satu majalah mengenai satu kajian telah dijalankan terhadap perbezaa  antara daging khinzir, kambing dan lembu. Tiga ketul daging khinzir, kambing dan lembu daripada umur yang sama diletakkan dibawah sinaran matahari. Hasilnya daging khinzir akan rosak dahulu diikuti daging kambing dan yang terakhir daging lembu. Kadangkala daging lembu akan menjadi kering tanpa rosak. Jika daging dimasak, daging khinzir paling lama untuk dimasak berbanding daging lain dan tiada siapa yang boleh menjamin ia tidak mengandungi kuman yang berbahaya.