Semua tahu bahawa jika kita mengatakan mengenai Gelatin pasti ia daripada sumber haiwan terutamanya dari sumber Khinzir. Tapi kini banyak pihak telah membuat kajian bagi untuk mencari altenatif yang bersumberkan tumbuhan. Ikutilah info ini...........
Gelatin ubi Jepun
 SELEPAS memasuki fasa matang, daun 
pokok ubi konnyaku akan ditumbuhi biji-biji halus yang akan menjadi 
benih apabila ia diterbangkan angin dan jatuh ke tanah. 
PENGGUNAAN ramuan gelatin yang diragui status halalnya baik  dalam 
industri makanan, farmaseutikal mahupun kosmetik menjadikan pengguna di 
negara ini lebih berhati-hati dalam memilih produk. 
Ironinya, semakin tinggi kesedaran pengguna tentang isu ini, semakin 
banyak produk yang dikenal pasti mempunyai unsur haram dalam pasaran. 
Apatah lagi selepas  banyak syarikat perusahaan makanan dari Eropah, 
Amerika Syarikat dan China membuka cawangan di negara ini. 
Hal ini cukup membimbangkan lebih-lebih lagi pelabelan produk yang 
mengandungi unsur  babi  dengan Kod E  tidak jelas sehingga mengelirukan
 pengguna terutamanya yang beragama Islam terhadap keaslian, kehalalan 
dan kualiti barangan terbabit. 
“Isu penggunaan gelatin babi dalam kebanyakan produk bukan sahaja 
memberi kesan kepada orang Islam, malah turut mendapat perhatian 
daripada penganut agama lain, sama ada mereka yang mengamalkan pemakanan
 berasaskan sayur-sayuran atau vegetarian mahupun pengeluar produk itu 
sendiri,” ujar pakar ekonomi Islam, Dr. Barjoyai Bardai. 
Mengenali gelatin, ia merupakan ramuan penting yang banyak digunakan 
dalam pembuatan makanan seperti  kek, biskut, sos, dan ayam goreng. 
Selain penting dalam pengeluaran makanan, ia turut menjadi bahan utama dalam pembuatan sarung kapsul. 
“Gelatin ialah protein yang dihasilkan daripada kulit, sendi dan tulang haiwan seperti babi, lembu dan kerbau. 
Tulang babi
 “Gelatin berfungsi sebagai  penggebu pastri serta penstabil, 
pemekat, pengawet dan pengilat makanan,” katanya yang juga  Ketua 
Pegawai Eksekutif, Konnyaku Industries (M) Sdn. Bhd.
Sementara itu, menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Makanan dan 
Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jamilah Bakar, 
keunikan fungsi  gelatin  menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh  
bahan lain di dunia.
“Gelatin  adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan  
gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan. Ia menjadi pelengkap  
dalam pelbagai industri, contohnya  industri makanan. 
“Di Eropah, ia telah digunakan secara meluas sejak beratus tahun 
dahulu sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, agen pembuih, penahan 
lembapan, pembaik tekstur dan ejen pengikat yang menjadikan sesuatu 
makanan kelihatan  lebih baik.
“Kerana fungsinya itu, sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan tanpa menggunakan gelatin,” kata Jamilah.
Mungkin ramai yang tidak menyedari banyak makanan mengandungi gelatin. 
Daripada gula-gula getah, pencuci mulut segera, toffe, jeli, jus 
buah, aiskrim, produk kosmetik, farmaseutikal hinggalah makanan tambahan
 seperti minyak ikan dan minyak bawang putih  dalam bentuk kapsul 
lembut. 
Pada November 2009, satu penyelidikan usaha sama antara Universiti 
Sains Malaysia (USM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang 
diketuai oleh Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn mendapati, 30 peratus 
daripada 100 sarung kapsul ubat yang diuji mengandungi gelatin daripada 
babi ataupun campuran gelatin lembu dan babi.
 Gelatin daripada babi lebih meluas digunakan kerana ia lebih murah berbanding gelatin lembu. 
Sungguhpun begitu, keadaan ini tidak  menggambarkan keseluruhan 
pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang  bertindak 
menukar sumber gelatin daripada babi kepada  lembu. 
“Bagaimanapun, pengeluaran gelatin berasaskan haiwan halal di negara 
ini amat terhad malah jika ia diproses di luar negara pun, jumlahnya 
tidak mencukupi. 
“Pengeluarannya untuk jangka masa panjang pula tidak ekonomik,” jelas
 Barjoyai yang pernah menguruskan sebuah kilang memproses gelatin halal 
di Mekah, namun tidak bertahan lama.
Menurut Barjoyai, beliau dan rakan-rakannya pernah mengumpulkan lebih
 dua juta kulit haiwan sembelihan korban semasa musim haji pada tahun 
1996 namun selepas diproses, bekalan gelatin yang terhasil hanya mampu 
bertahan untuk dua bulan sahaja. 
“Setiap 10 kilogram (kg) kulit hanya boleh menghasilkan sekilo 
gelatin. Ditambah pula dengan stok bekalan kulit yang terhad, kami 
terpaksa menghentikan operasi kilang di sana,” katanya. 
Biarpun percubaan pertama kurang menjadi, penyelidikan demi 
penyelidikan terus dilakukan sehinggalah mereka terjumpa dengan ubi 
konnyaku yang berasal dari Jepun.
|  | 
| 
ROTI nan yang dihasilkan bersama glukomanan boleh dilembutkan menggunakan semburan air.   | 
Gantian gelatin
“Hasil kerjasama dengan Pusat Teknologi Perbadanan Pembangunan 
Teknologi Malaysia (MDTC) di Universiti Kebangsaan Malaysia, kami 
mendapati, ubi konnyaku boleh menghasilkan glukomanan yang  fungsinya 
sama dengan gelatin yang dihasilkan daripada haiwan. 
“Kualitinya sama bagus, cuma sifatnya yang berbeza,” ujar Ketua 
Pegawai Operasi Konnyuka Industries Sdn. Bhd., Mohd. Nazri Baharudin.  
Selain di Jepun, ubi yang rupanya seakan-akan sengkuang ini  banyak ditanam di bawah pokok jati di Surabaya, Indonesia. 
“Tanam ubi konnyaku macam tanam emas sebab hasilnya hanya boleh dituai selepas dua tahun ditanam. 
“Begitupun, penanam masih beruntung sebab daun pokok ubi ini akan mengeluarkan biji dan menjadi benih apabila jatuh ke tanah. 
“Kami juga pernah jumpa ubi daripada keluarga konnyaku di Pasar Besar
 Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Penduduk tempatan mengenalinya  
 sebagai ubi sarik. 
“Walaupun datang daripada spesies sama, peratus glukomanannya lebih rendah,” kata Nazri.
Jelas beliau, selain dijamin halal, kajian turut mendapati ia bagus 
diambil oleh mereka yang sedang berdiet ataupun golongan berpuasa kerana
 cukup mengenyangkan.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan