Mungkin anda terkejut jika peminat yang hadir ke Stadium Wembly di Britain boleh makan makanan yang halal ketika menonton perlawanan bola sepak disana. Ini kerana daging yang digunakan pada makanan mereka  adalah halal berikutan daging yang dijual oleh pengusaha Islam disana. Ikuti info ini selanjutnya..........
Daging halal diguna meluas di Britain
|  | 
| 
GAMBAR yang disiarkan akhbar
 Mail on Sunday menunjukkan seorang peminat kelab bola sepak Manchester 
United memakan daging halal yang dijual di Stadium Wembley, Britain.  | 
LONDON - Siasatan oleh wartawan akhbar Mail on Sunday semalam 
mendedahkan bahawa sekolah, hospital, pub dan lokasi-lokasi sukan 
berkuda terkenal seperti di Ascot serta Twickenham di Britain 
menyediakan daging yang disembelih secara halal untuk orang awam. 
Semua daging lembu, ayam dan kambing yang dijual kepada peminat bola 
sepak di Stadium Wembley juga disediakan mengikut syariat Islam. 
Kolej Cheltenham yang mengamalkan semangat Kristian yang kuat ialah 
antara sekolah awam utama yang menyediakan ayam halal kepada semua 
pelajarnya tanpa memberitahu mereka mengenainya. 
Menurut akhbar itu, kumpulan hotel dan restoran terbesar di Britain, 
Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Beefeater dan Brewers Fayre 
mengaku lebih tiga suku hidangannya adalah halal. 
Perkembangan penggunaan daging halal, termasuk di kawasan yang 
populasi Muslim sangat kecil itu didedahkan ketika Ketua Gerega Roman 
Katholik, Pope Benedict XVI melawat Britain buat pertama kali.
Seorang jurucakap di Twickenham yang menjual hanya ayam halal tanpa 
membuat sebarang pengiklanan mengenainya menegaskan penjualan daging 
halal itu tidak pernah menjadi isu. 
"Keutamaan kami ialah lebih kepada mereka yang mahukan daging halal," katanya. 
Institusi lain yang secara rahsia menyediakan daging halal ialah Yayasan Amanah Mid-Staffordshire. 
Jurucakap bagi hospital-hospital di London memberitahu satu-satunya 
cara orang ramai yang mengunjungi kantin mengetahui bahawa mereka 
sebenarnya makan ayam halal adalah dengan bertanya kepada penjual 
makanan di kantin tersebut. 
Kumpulan hotel dan restoran Whitbread yang memiliki rangkaian 
restoran Table Table, kedai Costa Coffee dan hotel Premier Inn mengaku 
bahawa 80 peratus ayam yang disediakan pihaknya datang daripada pembekal
 makanan halal termasuk yang dimonopoli oleh peniaga Islam Turki. 
"Kami tidak meletakkan halal sebagai syarat dalam pemerolehan bahan 
mentah. Keputusan kami dibuat atas dasar kualiti dan harga. Kebetulan 
pula sumber ayam kami adalah halal. 
"Ia tidak dinyatakan dalam menu kerana kami tidak fikir pelanggan-pelanggan mahukan maklumat tersebut. 
"Namun jika pelanggan mahukan makanan halal, kami pasti akan menyediakannya," kata jurucakap Whitbread. 
Pihak pengurusan Kolej Marlborough di Wiltshire menyatakan walaupun 
pada kebiasaannya ayam halal hanya dihidangkan kepada pelajar Muslim, 
ada ketikanya ia turut dihidangkan kepada semua pelajar. - Agensi 
Sumber : kosmo 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan