Biasanya kita biasa dengar orang bukan Islam makan babi, tapi lain pula isunya BABI makan orang!!!!!
OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai  mati dimakan oleh babi peliharaannya.
Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.
Seorang
 anggota keluarga kemudian menemui cebisan  anggota tubuh dan giginya 
selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.
Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.
Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.
Frasier
 memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia  
kemalangan ngeri.  Tetapi kami perlu  melihat pada semua kemungkinan.” 
Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi 
betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang  itu. - 
Agensi
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan