Selasa, 30 Oktober 2012

Makan Daging Anjing??????

Tradisi makan daging anjing merupakan perkara biasa disesetengah negara Asia terutamanya China, Vieatnam, Myanmar dan lainp-lain. Jadi tak hairanlah jika ada anjing yang hilang mungkin penggemar daging anjing telah mencurinya. Ikuti artikel kisah penggemar makan daging anjing...


Nak Kurus Tapi Boleh Maut!!!!


Ahad, 28 Oktober 2012

Halal Di Taiwan

Isu utama bagi pelancong Muslim keluar negara pastinya masalah untuk mendapatkan makanan Halal. Terutamanya negara seperti Jepun, Korean, Taiwan dll. Memang ada penduduk Islam disana, tetapi minoriti. Ini menyukarkan pelancong Muslim untuk makan disana, jika ada pun kita harus mencari kedai yang berdekatan dekatan komuniti mereka.

Taiwan contohnya negara yang majoriti penganut Budha, sedikit mudah untuk mencari makanan halal, kerana   komuniti Islam disana aktif dalam mewujudkan dan mengembangkan makanan halal disana. Baru-baru ini MATRADE dengan kerjasama JAKIM telah mengadakan program pendedahan Halal. Yang menariknya media massa di Taiwan telah mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang menarik malah akhbar utama disana juga telah membuat liputan atas perkara ini.

Antara senarai Restoran Halal di Taiwan:

Daerah Taipei:
1) Restoren Thai Food House
2) Ali Baba Indian Kitchen
3) Restoran Halal Aaleja
4) Pakistani & Indian
5) Ai-Jia Beef Noodle
6) Restoran Taj Indian
7) Restoran Tai Xiang Yun
8) Kunming Islamic Food
9) Restoren Tai Huang
10) Restoren Halal Serena
11) Restoran Meili Tai Thai Fine Cuisine
13) Restoren Li Rong -Yun Islamic Snack Food
14) Yuntai Muslim Food

Daerah Taoyuan:

1) Ali Baba Indian Kitchen
2) Islamic Gardern
3) Restotan Islamic Yunnan and Thai Cuisine
4) New Bangkok
5) Date Palm Xingjian Food House

Daerah Taichung:

1) Restoran Islamic Yellow Beef Noodle Dumpling
2) Si Shih Lai Hand-Pulled Noodles
3) Turkish Islamic Fine Cuisine
4) Restoran Bollywood Indian

Daerah Kaoshiung

1) Warung Sate Muslim 
2) Ali Kitchen

Sumber: Utusan Malaysia

Sabtu, 27 Oktober 2012

Tutti Frutti Dah Terima Sijil Halal JAKIM


SEMUA rangkaian kafe froyo, Tutti Frutti bakal menerima pengiktirafan sijil serta logo halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berperingkat-peringkat selepas menerima pengiktirafan awal pada 16 September lalu.
Pengarah Urusannya, Izham Hakimi Hamdi berkata, Tutti Frutti adalah kafe froyo yang pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan halal Jakim.

“Di peringkat permulaan, pihak Jakim mengaudit kira-kira 36 rangkaian kami, namun kelulusan pertama diberikan kepada 10 cawangan terlebih dahulu. “Kami menjangkakan kelulusan baki 26 cawangan akan diperoleh akhir Oktober atau November nanti kerana jumlah keseluruhan rangkaian Tutti Frutti yang beroperasi di Malaysia adalah 107 buah. Kami akan memastikan baki 71 rangkaian lagi akan menerima pengiktirafan Jakim secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro.


Izham berkata, pengguna tidak perlu risau dengan status halal produknya kerana ia mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA) sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.

sumber: utusan

Rabu, 24 Oktober 2012

MAKANAN BANGKAI

Bangkai merupakan perkara yang dilarang untuk umat Islam memakanya, ia jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun ada manusia yang makan tanpa menghiraukanya....ikutilah isu ini..

Ahad, 21 Oktober 2012

Makan Sabun Cuci dan Span Cuci Pinggan Trend Baharu????

Pernahkah anda terfikir untuk merasai menu baharu seperti sabun buku atau span cuci pinggan? Pernah dulu kita dengar orang makan mentol lampu dan paku...tapi tak tergamak dalam keadaan dunia yang penuh dengan makanan. Ikuti isu ini dimana terdapat orang yang gemar makan makanan yang pelik.................

Rabu, 17 Oktober 2012

Halalan Toyyiba' (Halal Lagi Baik)

Pastikah anda belacan yang kita makan untuk dibuat sambal dibuat dengan cara yang bersih???? Ikuti pendedahan ini......

Jumaat, 12 Oktober 2012

Makan Tanah Liat Ubati Penyakit????


Snek tanah liat panggang

BIARPUN tidak mempunyai rasa, ampo yang rangup menjadi makanan warga Tuban, Indonesia.


JIKA tidak diberitahu terlebih dahulu, pasti ramai yang menyangka bahawa hidangan di dalam pinggan itu merupakan kepingan coklat gelap yang digulung.

Rabu, 10 Oktober 2012

Ikan Keli Haram??????

Saya masih ingat terbaca berita di akhbar yang menyatakan ikan keli yang dibela pengusaha diberi makan makanan yang najis seperti daging babi dan hidup didalam kolam dicemari najis babi. Pasti berita itu meloyakan kepada khususnya peminat masakan ikan keli. Persoalannya apa status ikan keli tersebut halal @ tidak? Ikan atau haiwan ternakan yang diberi makan najis secara berterusan adalah di kategorikan sebagai haiwan "Jalalah". Ada pelbagai pendapat mengikut Mazhab. Untuk isu ini teruskan membaca keratan akhbar ini.

Ahad, 7 Oktober 2012

Babi Takut Pada Periuk????

KUALA TERENGGANU: Menjadi rutin harian penduduk di Kampung Tanjung Bunut, di sini, mengetuk periuk belanga setiap kali menjelang Maghrib bagi menghalau babi yang berkeliaran dan memusnahkan tanaman mereka.
Tinjauan Harian Metro ke kampung itu semalam mendapati tanaman penduduk seperti ubi kayu, salak dan pisang dimusnahkan haiwan liar terbabit yang dikatakan mula berada di kawasan kampung seawal jam 7 malam hingga lewat pagi.

Penduduk, Zainon Abdullah, 60, berkata, setiap kali senja kumpulan babi yang dianggarkan dalam lingkungan 10 ekor kebiasaannya berkeliaran di kawasan rumahnya mencari makanan.

“Babi berkeliaran seperti ayam di halaman rumah menyebabkan saya dan cucu terpaksa mengetuk periuk belanga atau tin kosong untuk menghalau haiwan terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Zainon berkata, haiwan liar itu mula memasuki kawasan kampung sejak dua tahun lalu.


“Kami buntu untuk menangani masalah itu. Pelbagai usaha dibuat, tetapi gagal, malah jumlah babi memasuki kawasan kampung ini semakin bertambah,” katanya.

Jirannya, Ismail Muda, 63, berkata, tanamannya seperti ubi kayu musnah dimakan babi yang berkeliaran di kawasan rumahnya.

“Saya menanam ubi kayu sejak enam bulan lalu dan hanya menunggu masa untuk dimakan serta dijual, tetapi semua dimusnahkan haiwan liar itu.

“Tidak cukup dengan ubi kayu, anak pisang baru ditanam turut dimusnahkan babi, malah pokok salak jiran yang sudah berbuah juga dimakan haiwan berkenaan,” katanya.

A Halim Md Yasin, 43, berkata, dia kerugian lebih RM200 apabila ayam peliharaannya dibaham kumpulan babi hutan itu.


“Saya pernah kehilangan enam ekor ayam sehari dan makanan lembu yang diletakkan di dalam bekas apabila menjadi habuan kumpulan babi itu,” katanya.


Dia berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi membendung masalah berkenaan.

Strawberi punca muntah, cirit-birit????

Strawberi punca muntah, cirit-birit di Jerman


STRAWBERI yang tercemar dipercayai telah menyebabkan hampir 11,000 orang mengalami muntah dan cirit-birit di timur Jerman. - Gambar hiasan

BERLIN - Pihak berkuasa Jerman telah mengenal pasti strawberi-strawberi beku menjadi punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus atau gastroenteritis di timur Jerman.
Penyakit itu dikatakan menyerang lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak di sekolah rendah dan pusat-pusat jagaan.
Pusat kawalan penyakit kebangsaan, Institut Robert Koch pada lewat Jumaat mengesahkan bahawa kajian-kajian yang dijalankan mendapati wujud hubungan kukuh antara pengambilan makanan yang mengandungi strawberi dengan kes-kes muntah serta cirit-birit.
Bukti-bukti juga menunjukkan norovirus, penyakit bawaan makanan atau air itu merupakan punca kejadian tersebut. Namun, institut itu tidak menolak kemungkinan atau patogen lain menjadi puncanya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman, Holger Eichele memberitahu, strawberi-strawberi itu dipercayai datang dari luar Kesatuan Eropah (EU). Masalah muntah dan cirit-birit itu bagaimanapun tidak terlalu serius apabila pesakitnya tidak perlu ditahan di hospital. - Agensi

Sabtu, 6 Oktober 2012

Saintis guna sel biasa cipta sel telur

GAMBAR oleh Universiti Kyoto semalam menunjukkan sejumlah sel telur tikus yang dihasilkan daripada sel stem seekor tikus.


KYOTO - Sepasukan saintis Jepun menemui kaedah unik bagi mengubati masalah kemandulan dengan menggunakan sel biasa daripada tikus dewasa untuk menghasilkan sel telur.
Kejayaan mereka dipercayai dapat membantu wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur secara semula jadi untuk menghasilkan ovum di dalam tabung uji dengan menggunakan sel badan mereka.
Sel telur tersebut kemudian dimasukkan kembali ke dalam badan bagi membolehkan mereka bunting.
Pencapaian tersebut dibuat selepas sepasukan saintis Universiti Kyoto di sini menuai sejumlah sel stem atau sel asas daripada beberapa ekor tikus.
Mereka mengubah sel tersebut untuk menjadi sel germa yang menghasilkan sperma untuk lelaki dan telur bagi wanita.
Mereka kemudian menyuntik sel-sel telur itu ke dalam seekor tikus betina dewasa yang berperanan sebagai ibu tumpang.
Anak-anak tikus yang dilahirkan menerusi kaedah itu hidup sihat dan mampu membiak setelah dewasa seperti tikus normal.
"Eksperimen kami berperanan sebagai asas kukuh berhubung penghasilan sel germa bukan untuk tikus, tetapi juga manusia," kata penulis kajian itu, Katsuhiko Hayashi.
Penyelidikan tersebut disiarkan dalam jurnal Science. - Agensi

Khamis, 4 Oktober 2012

Bersama Penulis Buku "Halalkah Ubat Anda"

Baru-baru ini saya bertuah kerana dapat bertemu dengan penulis buku "Halalkah Ubat Anda?".
Buku yang sangat menarik dan mempunyai informasi yang hebat telah membuka minda pengguna Islam dengan isu ubatan yang diperbuat daripada "BABI". Penulisan gaya cerita yang amat mudah difahami . Buku yang harus dimiliki oleh setiap orang. Beliau ialah Abdul Rahman Bin Bacho. Dibawah foto-foto saya bersama beliau.halalscience.com








Eksport Produk Halal Malaysia

MALAYSIA dijangka mampu mengekalkan nilai eksport halal ke negara asing berjumlah RM35 bilion tahun ini dan ia kadar sama dicatat tahun lalu bersandarkan peluang pasaran global yang luas untuk diterokai pemain industri halal tempatan.
Setakat separuh tahun ini, Malaysia mencatatkan nilai eksport halal RM16.3 bilion dengan China dan Singapura adalah rakan dagangan terbesar.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, catatan jumlah eksport halal tahun lalu menjadikan Malaysia sebagai negara terbesar eksport halal global dalam kepelbagaian produk.

Beliau berkata, pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat sebagai penyumbang utama bagi Malaysia meraih rekod berkenaan dan syarikat Bumiputera sudah menyumbang 20 peratus daripada 35 bilion itu.

“Walaupun situasi ketidaktentuan ekonomi global, industri halal dilihat tidak begitu terjejas kerana ia amat diperlukan lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia dan pasarannya luas untuk diterokai serta bukan sekadar tertumpu kepada produk makanan.


“Kemampuan Malaysia menyediakan kepelbagaian produk halal seperti makanan, farmaseutikal dan perkhidmatan dijangka membantu kita meraih jumlah eksport sama tahun ini,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers) bersama CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis MoU itu diadakan bagi menyokong penganjuran Halal Fiesta Malaysia 2012 (Halfest 2012) pada 10 hingga 14 Oktober ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Makan Ikan Paus???

BEBERAPA penduduk melihat bangkai ikan paus pilot yang terdampar di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia .


SAVU, Indonesia - Penduduk tempatan di sebuah pulau terpencil di timur Indonesia semalam melapah beberapa ekor ikan paus pilot untuk dijadikan makanan selepas 41 ekor mamalia itu mati terdampar, kata beberapa pegawai.
Sejumlah 44 ekor ikan paus pilot terdampar pada malam kelmarin di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, yang mengamalkan budaya memburu paus untuk dijadikan makanan.
"Penduduk tempatan telah memotong kira-kira 11 ekor ikan paus setakat ini dan mungkin dagingnya dijadikan lauk," kata ketua pejabat perikanan Savu, Dominggus Widu Hau kepada agensi berita AFP.
Ketika nelayan tempatan menjumpai paus-paus itu sebelum tengah malam kelmarin, ia masih hidup. Namun, sudah terlewat dan orang tidak cukup untuk menolaknya kembali ke laut.
Berpuluh-puluh orang termasuk nelayan, tentera laut dan pegawai polis bertungkus-lumus sehingga tengah hari semalam untuk memastikan tiga ekor paus yang terselamat terus hidup.
"Kami berjaya menolaknya kembali ke kawasan perairan, tetapi ia kembali ke pantai," tambah Hau.
Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta mengenal pasti mamalia yang terdampar kira-kira 150 meter dari pantai sebagai ikan paus pilot.
Kata Hau, semua ikan puas yang terdampar itu berukuran antara dua hingga lima meter panjang .- AFP

Babi Makan Orang??????

Biasanya kita biasa dengar orang bukan Islam makan babi, tapi lain pula isunya BABI makan orang!!!!!

OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.
Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.

Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.

Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.

Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.


Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan.” Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi