Isnin, 6 Jun 2011

Pengeluar Minuman Non-Alcoholic Drink Diminta Mendapatkan Pensijilan Halal JAKIM

Jualan terhadap minuman yang dikatakan non-alcoholic dinegara ini telah menurun dengan mendadak, ini disebabkan kerisauan pengguna Islam terhadap status kehalalan produk itu. Pengedar minuman ini mengeluh kerana atas sebab isu ini mereka kerugian besar, kata mereka minuman tersebut "Halal" atas sebab ia dijual dimerata tempat di negara-negara Arab. "Kalau orang arab pun minum kenapa kita tak boleh, bila mereka minum sudah tentu produk itu halal" kata mereka. Tapi pendapat penulis ia perlulah disahkan status halalnya oleh pihak berautoriti di negara ini terlebih dahulu.Tidak semua penduduk di negara Arab tu Muslim, ia sama seperti Malaysia ada pelbagai agama dan kepercayaan.terpulang kepada orang ramai untuk memikirkanya.

Jumaat, 3 Jun 2011

Minuman dan Makanan dari Taiwan Dicemari Bahan Aditif yang Berbahaya

Negara China telah membuat penarikan balik terhadap beberapa minuman dan makanan yang dihasilkan dari Taiwan. Ini adalah atas kekuatiran mereka terhadap produk tersebut mungkin dicemari oleh sejenis bahan yang dinamakan DEHP (Sejenis pengemulsi untuk membuat minuman) dilaporkan oleh Taiwan's Department of Health ia sejenis polimer plastik yang telah diharamkan penggunaanya sebagai aditif makanan sejak 1999. Bahan aditif ini dikaitkan sebagai agen karsinogenik.

Khamis, 2 Jun 2011

Bakteria Pembunuh.....?

Hati-hati apabila memakan timun, kemungkinan mengandungi bakteria yang berbahaya dan mampu membawa maut. Sehingga kini sudah 14 nyawa melayang.Bakteria yang  menghasilkan racun boleh menyebabkan menjejaskan darah, buah pinggang dan dalam kes paling teruk, sistem saraf dan boleh menjadi sangat serius bagi kanak-kanak dan orang tua. 

Rabu, 1 Jun 2011

Air Ajaib!!!

Penulis masih ingat suatu ketika dahulu gempar di Utara tanah air, orang ramai berpusu-pusu mendapatkan air yang keluar dari tanah berhampiran kawasan perumahan.Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan air ajaib ini. Ada yang datang dari KL mahupun dari Selatan Tanahair.Penduduk setempat percaya air ini mempunyai keitistimewaan untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit kulit dll. Tapi punca sebenar air pancutan itu terbongkar apabila Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil sampel untuk dihantar kemakmal untuk dianalisis kandunganya.Hasil analisis makmal mendapati air ini mengandungi bakteria E.Coli yang berbahaya jika termakan kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit berdarah dan jika tidak dirawat boleh membawa maut. Bila siasatan diteruskan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) rupa-rupanya air itu berasal dari paip kumbahan penduduk kawasan perumahan tersebut. Ini penulis boleh kaitkan dengan isu di Sulawesi Barat Indonesia yang mendapati terdapat air mukjizat dari sebuah masjid disana.

Selasa, 31 Mei 2011

‘Cakno Halal Membawa Berkat’

Karnival halal berlangsung di Kota Bharu Kelantan, Perasmian karnival selama tiga hari itu yang bermula semalam disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

JAKIM Pernah Tolak Permohonan Sijil Halal Minuman Dari Timur Tengah

Oleh Idris Musa, Jamilul Anbia dan Siti A’isyah Sukaimi



am@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menolak permohonan untuk mendapatkan sijil halal bagi minuman dikenali bir halal yang diimport dari negara Timur Tengah.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, ini kerana ia tidak menepati standard halal MS 1500:2009 dan tidak mematuhi prosedur halal.
“Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada produk minuman itu dikenali sebagai bir halal itu. Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan memilih produk yang mempunyai sijil halal diiktiraf kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu ujian oleh Jabatan Kimia terhadap minuman berkenaan yang didapati mengandungi tahap alkohol melebihi daripada dibenarkan.
Berdasarkan sampel minuman itu yang dihantar Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ke Jabatan Kimia, ia didapati mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol, sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman dibenarkan syariat Islam tidak melebihi 0.01 peratus.


Othman turut menasihatkan peniaga supaya lebih bertanggungjawab dan mengasingkan penjualan minuman berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam.


“Peniaga dinasihatkan tidak mencampurkan minuman berkenaan dengan minuman halal yang lain. Ia bagi memastikan pengguna Islam mengetahui minuman itu haram.
“Pengguna Islam juga dinasihatkan jangan membeli minuman berkenaan kerana sudah dijelaskan ia mengandungi kandungan alkohol melebihi kadar ditetapkan,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Program Jiwa Murni dan Berkhatan Beramai-Ramai Parlimen Sungai Siput, di Kampung Bawong, dekat Ipoh, semalam.
Othman berkata, Jakim tiada kuasa untuk menghalang pengguna Islam daripada membeli minuman itu, sebaliknya hanya boleh menasihatkan mereka supaya tidak meminumnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Md Yusop Mansor berkata, pihaknya bersedia menjalankan operasi bagi membantu Jakim seperti mengawal kemasukan produk ke Malaysia, di samping mengambil kira cukai dan lesen import minuman itu. Namun katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai bir halal itu.
“Bab halal dan haram minuman berkenaan di bawah kuasa Jakim, tetapi sekiranya ada permintaan daripada agensi itu, kami bersedia melakukan operasi. Produk ini perlu diberi perhatian kerana ia berkaitan dengan alkohol,” katanya, ketika dihubungi, semalam.




Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Pernahtolakpermohonan/Article/












"Barbican Mempunyai Sijil Halal Swasta IFRC"

‘Kami kerugian’


KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.
“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.


Sumber:Oleh Muhd Izawan Baharin


izawan@hmetro.com.my

Isnin, 30 Mei 2011

halalgenius.com: "Beer Halal, 0.0 % Minuman Tanpa Alkohol"

halalgenius.com: "Beer Halal, 0.0 % Minuman Tanpa Alkohol"

Lagi Isu Bir Halal?


Riuh sekarang dikatakan isu Bir Halal/halal beer. Dahulu tiada seoarang yang mempersoalkan mengenai isu ini, malah ada pengeusaha minuman ini menyertai pameran MIHAS tahun lepas. Tanpa rasa bersalah mempromosi minuman ini kepada orang ramai. Apa lagi ramai anak muda yang ketika itu mengunjungi pameran ini dengan bangganya minum dan memegang botol minuman ini seperti beer yang asli. Apa sudah jadi? Promoter pengeluar ini bijak, orang kenamaan juga menjadi mangsa kerana gambar mereka diambil semasa mencuba minuman ini dan dijadikan iklan bagi melariskan serta mengesahkan bahawa ianya halal. Siapa harus dipersalahkan?

"Bir Halal"

‘Bir halal’ jadi haram

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Ahad, 29 Mei 2011

"Kerana Nilai Setitik Rosak Susu Sebelanga"

Pepatah Melayu banyak digunakan didalam komunikasi sehari-harian yang menerangkan sesuatu secara halus dan lembut tetapi sampai maksudnya. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang ingin mengambil pelbagai kesempatan terhadap sesuatu isu, mereka mempunyai pelbagai agenda. Sampai bilakah...

Sabtu, 28 Mei 2011

"Kerana Marahkan Nyamuk Sampai Kelambu Dibakar"

Itu boleh dikatakan dengan isu halal yang kini diperdebatkan oleh bukan hanya pengguna, persatuan pengguna,syarikat dan termasuk ahli politik. Penulis hairan takkan kerana bilangan kemalangan yang meningkat setiap tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tugas mereka perlu dibekukan ini tidak relevan atau lesen memandu akan dibekukan pengeluaranya. Penulis cadang dikeluarkan Pensijilan Haram untuk pemohon yang ingin mendapatkan sijil haram.

Jumaat, 27 Mei 2011

Ubat Racun!!!

Masih terdapat segelintir masyarat umum membeli ubat-ubatan yang dijual dijalanan tanpa merasa ragu mengenai status keselamatan dan keberkesanan produk tersebut. Mungkin kerana harga produk ini murah dan mempunyai ilustrasi yang menarik. Kebanyakan produk ini berkaitan dengan peningkatan keupayaan seks dan tenaga. Niat untuk menjadi sihat awalnya mungkin menjadi sengsara kemudianya, kerana kebanyakan peroduk ini tidak mempunyai kelulusan daripada BPFK Kementerian Kesihatan Malaysia. Sampai bilakah pengguna akan terus ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab?

Khamis, 26 Mei 2011

Awas Daging Babi Berperisa Lembu!!!

Sebuah laporan daripada WantChinaTime.com menyatakan terdapat pengusaha di China menggunakan perisa lembu pada daging babi supaya boleh dijual sebagai daging lembu dengan harga yang mahal. Bagaimana boleh terjadi?

Selasa, 24 Mei 2011

halalgenius.com: ALKOHOL DALAM MASAKAN

halalgenius.com: ALKOHOL DALAM MASAKAN

Steroid Dalam Ubatan Tradisional

Pengguna harus berhati-hati jika membeli produk ubatan tradisional tanpa logo kelulusan daripada Biro Pharmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemungkinan bahan ramuan yang digunakan mengandungi Racun berjadual seperti steroid. Mana tidaknya baru makan sebiji pil dah terasa kesegaran dan kekuatanya. Terdapat laporan ia diletakkan didalam pil jamu ikan haruan. Ikan haruan terkenal dengan nilai perubatan untuk mereka yang baharu bersalin atau melakukan pembedahan.


Ahad, 22 Mei 2011

Emel haram layang....

Penulis telah menerima emel layang mengenai terdapat bahan-bahan makanan dalam tin mengandungi babi. Sejauh mana kebenaranya? 

Jumaat, 20 Mei 2011

Paracetamol tepung gandum

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my



IPOH: Pengguna dinasihatkan berhati-hati berikutan muncul sindiket penipuan menggunakan tepung gandum dan serbuk pewarna untuk menghasilkan pil paracetamol palsu yang diedarkan meluas di pasaran.
Pil ubat demam dan sakit kepala tiruan berkenaan dibimbangi mendatangkan mudarat kerana dicampur dengan kimia atau bahan pewarna yang masih belum dikenal pasti kandungannya. 

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, penemuan pil paracetamol palsu itu dikesan selepas pihaknya melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut di seluruh negara sejak awal bulan lalu. 

Menurutnya, pihak sindiket cuba memperdaya orang ramai dengan meniru sepenuhnya bentuk termasuk pembungkusan dan kotak produk pil paracetamol berkenaan.




“Sekali pandang, pengguna memang sukar membezakan antara produk tulen dan tiruan namun pihak KKM mempunyai kaedah khas untuk mengenal pasti ubat-ubatan tiruan ini.



“Memudahkan tugas apabila semua produk ubat-ubatan diwajibkan melekatkan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM sebagai bukti ia diluluskan penjualan oleh KKM,” katanya. 

Didakwa jual kopi ada DNA babi





KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khamis, 19 Mei 2011

Kedai Dobi Halal?


Bila disebut perkataan halal, kita dapat membayangkan ianya berkaitan dengan makanan halal. Kita mungkin terlepas pandang bahawa halal bukan hanya kepada makanan malah lebih luas seperti makanan, pakaian,mencari harta dan lain-lain. Apa yang penulis nak kongsikan adalah kini ada kedai dobi yang menggunakan konsep halal dalam perniagaan mereka. Hebat! 

Rabu, 18 Mei 2011

DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.

Kopitiam Tak Ambil Peduli!!

"Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran."

JAKIM bekerjasama dengan negara luar tetapkan logo Halal

Sumber: Berita harian online


2011/05/17

YAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mewujudkan kesepakatan dengan negara luar dalam aspek kesahihan logo halal terhadap barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Beliau berkata, terdapat beberapa agensi Islam dari negara luar diberi kebenaran mengeluarkan logo halal terhadap barangan eksport mereka ke Malaysia dan JAKIM serta Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) sentiasa membuat pemantauan yang serius terhadap semua barangan yang diimport.


"Contohnya, isu kesahihan status halal terhadap susu sekolah, JAKIM tidak mengeluarkan logo halal tersebut tetapi dikeluarkan oleh Korea. Korea pula mempunyai amalan (kelulusan) Jabatan Agama Islam mereka yang bergerak (diiktiraf) di negara ini," katanya selepas merasmikan Surau Haji Yaacob di Kampung Batu 16, Padang Lumat, Guar Chempedak dekat sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas isu keraguan status halal susu sekolah 1Malaysia yang diagihkan secara percuma kepada murid sekolah rendah kerana tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jakim sekali gus diragui status siijil halalnya. 

Semalam, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang di Pendang, Shaharol Niza Omar, mempertikaikan logo halal yang terdapat pada produk susu sekolah yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea itu. 

Jamil Khir berkata, kerajaan sentiasa memantau barangan dari negara luar yang masuk ke Malaysia dan sebagai usaha pada masa depan, beliau akan mencadangkan supaya Akta Perihal Dagangan 1972 dibentangkan semula di Parlimen. 

"Isi kandungan akta berkenaan perlu dilihat kembali yamg mana menyentuh soal barangan luar negara agar kemasukan barangan itu perlu diteliti sebaik mungkin sebelum dilepaskan masuk ke Malaysia," katanya. 
Katanya, sesiapa yang meragui status halal barangan yang dibeli boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk memeriksa status halal barangan itu. 







Sementara itu, Jamil Khir mencadangkan supaya elaun untuk bilal surau dan masjid di seluruh negara dinilai kembali supaya bayaran yang dibayar setimpal dengan tugas mereka. 

"Nilai bayaran ditentukan sendiri oleh Majlis Agama Negeri-negeri," katanya. 

Pada majlis itu, Jamil Khir turut memberi sumbangan RM2,500 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu 16. 

Surau Haji Yaacob dibina dengan kos RM150,000 menerusi peruntukan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah dan nama Haji Yaacob diambil bersempena nama tuan tanah surau itu. - BERNAMA 


Selasa, 17 Mei 2011

"Halalgenius.com di Radio24 93.9FM"




Semalam jam 1.30tgh Radio24 telah menghubungi penulis berkaitan dengan soalan daripada seorang pengguna dari Australia berkaitan dengan isu bahan yang berkod E. Rancangan ini dalam slot Klinik Aduan Konsumer Bersama PPIM. Isu yang berkisar dengan sebuah badan Islam dari Australia telah menyenaraikan list kod E Haram untuk dimakan oleh pengguna Islam, jadi pengguna telah bertanya mengani produk dari Malaysia yang telah mendapat sijil JAKIM tapi menggunakan bahan yang disenaraikan mereka.

Aduan Pengguna:


"Semasa tinggal di Australia Barat, setiap produkmakananwajib mengikut undang-undang menyenaraikankod bahan-bahan secaraterperinci. Untuk itu, The Islamic Jamaat of Western Australia telah mengeluarkan senaraikod-koduntuk rujukan dan membatu umat Islam disana untuk menyemak status halal. Jadi…Saya ingin bertanyakan mengenaisatuproduk makanan yang mengandungikod E632 – Disodium Inosinate, E482 Food Conditioners, E472 (e) Food Conditioners, yang manamengikutjurnal yang dikeluarkanoleh The Islamic Jamaat of Western Australia adalah HARAM dimakan oleh umat Islam. Tetapi ,produk ini mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. Produkmakanan yang saya sebutkan adalah keluaransyarikat Silver Bird, iaitu sebuah syarikat yang pernah menjad ipolemik di media massa suatu masa dahulu."
Jawapan:


Pertama sekali syarikat yang mengeluarkan produk tersebut merupakan pemegang sijil halal JAKIM dan masih sah. Additif makanan (Food Additive
) merupakan bahan tambah yang digunakan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu makanan. Seperti pengawet, pewarna,perisa dan lain-lain.

Semua negara EU menggunakan kod khas dalam melabelkan bahan tambahan yang dugunakan pada label makanan yang ingin dijual ni negara-negara Eropah.

Jawapan mengenai:

E482-Sejenis calcium asid lactic yang dihasilkan daripada fermentasi oleh bakteria terhadap gula karbohidrat daripada gula jagung atau sintesis secara kimia.Tujuan untuk mengelakkan roti menjadi keras.

E632 – Disodium Inosinate ia sejenis bahan penambah perisa yang diperbuat daripada sumber tumbuhan

E472 (e) Food Conditioners-E472e Mono- and diacetyltartaric acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids Sejenis bahan pengemulsi yang boleh diperbuat daripada sumber tumbuhan atau sumber haiwan. Tapi dalam kes ini ia telah mempunyai sijil halal yang diiktiraf.


Pandangan saya jika dikatakan kod-E adalah kod bahan yang diperbuat daripada babi, adalah tidak tepat.Kita harus mengetahui sumber asal bahan aditif makanan ini.

Ahad, 15 Mei 2011

"Hormon Babi Dalam Ubat Untuk Pesakit Jantung?"


"Islam menegah penggunaan ubat daripada sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit.Melainkan ia dalam keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui.

Sabtu, 14 Mei 2011

Penemuan DNA BABI lagi dalam Produk!!!!!



Baru-baru ini negara digemparkan dengan penemuan DNA Babi didalam produk sebuah syarikat yang telah dipaparkan dilaman web JAKIM. Menyebabkan pengguna Muslim menjadi resah mengenai status halal produk yang mereka beli dipasaran. Tidak sampai sebulan, satu lagi kes penemuan DNA babi dalam produk telah didedahkan oleh JAKIM.  Apakah ini satu kebetulan?

Khamis, 12 Mei 2011

Penapis Air Punca Bakteria?

Pernahkah anda terfikir, penapis air yang dipasang diluar rumah kita boleh membahayakan kita dengan bakteria seperti E.Coli? Sudah menjadi trend pemakaian penapis air untuk mendapatkan air yang bersih sebelum digunakan isi rumah. Benarkah ia bahaya? Baca lagi...

Awas Barangan Makanan Murah Mungkin Membawa Padah!!

Pernahkah anda ke Pasar-pasar malam atau pasar pagi menemui penjual yang sedang menjual barangan makanan yang berjenama dengan harga amat murah!. Awas anda perlu berhati-hati, mungkin anda akan menjadi mangsa yang akan terlantar ke hospital.  Baca Lagi.......

Rabu, 11 Mei 2011

Nasi Lemak Punca Obesiti?

Bulan Mei menyaksikan pelbagai peritiwa suka-duka di dalam dan luar negara. Dimulakan dengan perkahwinan DiRaja yang penuh gilang gemilang serta ditonton diseluruh dunia dengan penuh kegembiraan.

Dunia Islam juga dikejutkan dengan pembunuhan Osama di Pakistan, di Malaysia juga tidak kurangnya dengan isu-isu hangat politik tanah air.Apa yang penulis kagum adalah isu yang hangat diperkatakan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) telah mengarahkan agar semua kantin sekolah diseluruh negara menghentikan penjualan makanan terproses seperti sosej, burger,nugget dan lain-lain. Nasi lemak tidak ketinggalan dalam isu ini, kerana dikatakan ia menjadi punca kanak-kanak obesiti.

Benarkah menu nasi lemak adalah punca utama masalah obesiti dikalangan pelajar sekolah?

Selasa, 10 Mei 2011

Halal Foods Expand Reach in France

By MAÏA DE LA BAUME
NANTERRE, France — For years, Anissa Benchamacha bought her meat in a parking lot, from vendors hawking near-expired products to Muslims eager to find food that meets their religious requirements.
But on a recent afternoon, Ms. Benchamacha stood in quiet wonderment before the tidy rows of packaged cold cuts in Hal’Shop, a spanking new supermarket in this middle-class Paris suburb, a few aisles away from the cans of foie gras and bottles of non-alcoholic champagne — all of them halal, or permitted under Islam.
“I came here on the first day of its opening,” she said. “It’s good that things are changing in this country.”

Ahad, 8 Mei 2011

"SELAMAT HARI IBU"

Halalgenius.com ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pembaca yang dihargai.


Selamat Hari Ibu Kepada Semua Ibu Di Malaysia . Terima Kasih Kerana Menjadi Sumber Inspirasi Keluarga.


Jumaat, 6 Mei 2011

"Beer Halal, 0.0 % Minuman Tanpa Alkohol"

Beer Halal?

Kini sudah menjadi ikutan atau trend semasa meminum minuman Beer Halal. Jika anda pernah mengunjungi restoran-restoran yang menyajikan makanan dari Timur Tengah pasti anda temui menu minuman seperti ini. Malah kini ia boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai runcit.

Jika kita perhatikan minuman ini diperbuat daripada Malt serta ditambah perisa seperti ceri, lemon, anggur dan pelbagai perisa lain. Rekabentuk dan ilustrasi masih mengekalkan ciri-ciri seperti botol minuman Beer.

Penulis ada membuat sedikit pembacaan berkaitan dengan isu ini sama ada ia bertetangan dengan isu makanan dan minuman halal?


Isnin, 2 Mei 2011

Barangan Kulit Yang Kita Beli Halal atau tidak?

Baru-baru ini, penulis telah ditemubual oleh wartawan dari Harian Metro iaitu Puan Kusyi Hirdan. Artikel ini dipaparkan di Harian Metro keluaran Jumaat 22 April 2011. Bagi yang tidak sempat membacanya, saya akan tulis antara solan yang telah diajukan kepada penulis.

Bagaimana untuk memastikan barangan kulit yang dibeli dibuat dari kulit yang halal atau tidak?

Sabtu, 8 Januari 2011

Nasi Beriani Kaca


Kita mungkin pernah menjumpai rambut, ubat stapler, batu dan lain-lain dalam makanan bila makan di restoren, tapi kalau termakan kaca memang haru. ini yang telah terjadi kepada pelanggan sebuah restoren yang  sedang menjamu selera dengan nasi beriani terbantut kerana menjumpai dan tertelan serpihan kaca. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika pihak restoren mengamalkan Amalan Kebersihan Yang Baik semasa menyediakan makanan. Dalam pensijilan Halal JAKIM penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih amat dititik beratkan. Ia mestilah menepati konsep "Halalan Toyibba" iaitu makanan yang halal lagi baik. Bukan sahaja halal malah makanan tersebut juga bersih, selamat, berkualiti dan berkhasiat.




Tips 1 Halal:

Soalan: Ada berapa badan islam bertauliah di Malaysia yang boleh mengeluarkan sijil halal di Malaysia?
Jawapan :Hanya JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sahaja.

Ahad, 2 Januari 2011

"Bahaya Pewarna Tiruan Dalam Teh"

JELI, 2 Jan. - Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.
Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.
Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya. - Bernama (Sumber : Utusan Malaysia Online)

Tips 1 Halal:

Teh yang mengandungi pewarna tiruan adalah dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pembekal teh suka mencampurkan pewarna didalam daun teh dan dibekalkan kepada peniaga-peniaga restoren, kerana ia memberikan warna yang lebih menarik. Jika kita ingin mengetahui teh yang kita beli mengandungi pewarna tiruan atau tidak, ambil sedikit serbuk teh dan rendamkan ia pada segelas air sejuk. Jika ia berubah warna kekuningan dengan segera maka ia mengandungi pewarna tiruan, sebab untuk menyediakan teh kita perlu menggunakan airyang  panas. Bagaimana pula jika di kedai makan, kita boleh lihat pada warna teh ia kuning kemerahan tidak seperti teh biasa.