Sabtu, 4 April 2009

"Ayam Bangkai"

Saya teringat kes ayam sembelihan yang tidak betul di kayu ara tempoh hari...
isunya ia akan dijual dimerata-rata tempat, kedai runcit mahupun di pasar-pasar malam untuk dibuat sate, ayam goreng, ayam percik dan lain-lain.

Ini kerana harganya lebih murah berbanding harga ayam yang diproses dikilang-kilang besar mempunyai sijil halal.

Itu sebabnya saya lebih gemar untuk membeli ayam yang mempunyai sijil halal kerana sembelihan dan dan kebersihanya terjamin..

Perkara ini perlu kita ambil berat...mane taknya ayam yang tidak disembelih dengan betul adalah "Bangkai".


Ahad, 29 Mac 2009

"Asas Untuk Menentukan Status Halal Suatu Makanan"

Terdapat 3 asas utama untuk menentukanya:

1) Sama ada makanan itu sendiri halal

2) Sama ada makanan yang didapati adalah daripada sumber yang halal

3) Ramuan/Kandungan makanan merbahaya kepada makanan tersebut.





Ahad, 15 Mac 2009

"DEFINASI : HALAL, HARAM DAN MASBUH"




Apabila kita membincangkan mengenai isu makanan halal, kita mestilah memahami definasi halal, haram dan masbuh.

Yang dimaksudkan halal ialah dari segi perkataan bermakna dibenarkan (lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakanya berdasarkan prinsip undang-undang Islam.

Haram pula dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang Islam.

Manakala "masbuh" (suspect)  pula bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram.