Rabu, 31 Disember 2008

"BEBOLA IKAN HARAM"


Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar

Ideris
 Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar
menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam
.




KEPALA
BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar
siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda
haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan
tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut
babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah,
kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20
pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP)
turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak
yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk
makanan di situ.







 

 


Lebih
menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk
di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti
minyak pelincir kenderaan.

Ternyata
serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP,
Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar
makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status
kebersihannya. "Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut
dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu
peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan
adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana
kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan
mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat
bebola ikan,"
jelas Ideris. Produk
dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai
hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang
itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas
kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak
banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan
makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain
pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit
kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B
semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut
spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak
lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.  

berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas

AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

NASIHAT BUAT GENG SMUER..

STOP MAKAN FISH BALL...TAK MATI KALAU TAK MAKAN....

 


Dapat maklumat daripada email kawan..boleh dijadikan rujukan semua...Selamat Tahun Baru 2009.

Khamis, 25 Disember 2008

"CAKE DECORATION"



Teringat saya semasa ke kedai kek untuk membuat tempahan kek perkahwinan tempoh hari..
Banyak jenis pastri dan kek..dari yang kecil hingga yang besar, bertingkat-tingkat...

Apa yang membuat saya tertarik adalah hiasan pada kek tersebut...

Apa tidaknya ada patung pasangan pengantin yang diperbuat daripada gula icing (Sugar Doll) dan wajah bakal pengantin ada tertera pada permukaan kek, wah...memang real!!!...

Nak gambar ape Batman?, Superman?, Cicak Man?, Kikoman pun boleh buat....

Macamana dia orang buat? Lukis kot....

Sebenarnya gambar tersebut dibuat dengan printer...printer? ha, printer...tapi ink digunakan bukan ink sama yang kita guna, yang kita guna tu toksik, bukan gred makanan.

Ink/dakwat untuk digunakan mestilah daripada gred makanan dan tidak toksik.

Sebelum gambar sesuatu objek tu dicetak, gula icing mestilah disediakan dahulu..selepas itu barulah ia di cetak pada permukaan gula icing tersebut.

Gula icing yang bercetak tersebut akan diletakkan pada kek yang telah dimasak.

Sedia untuk dijual...

Apabila kita membeli kek seperti ini perlu mendapatkan sijil halal, kerana kita perlu ketahui bahan untuk membuat gula icing ini mungkin mengandungi gelatin begitu juga dengan "sugar doll".

Apa pendapat anda?

Selasa, 23 Disember 2008

"Air Oh Air"

Pernahkah anda membeli air mineral?
Tahukah anda bagaimana cara ianya diperolehi?
Kalau beli dipasaraya pasti kita keliru diantara air minuman dan air mineral.
Cara untuk mengetahuinya adalah berdasarkan penutup botolnya.
Air mineral penutup berwarna biru dan putih untuk air minuman berbungkus.
Biasanya air minuman berbungkus lebih murah...

Kini banyak syarikat memohon untuk mendapatkan sijil halal untuk air mineral dan air minuman berbungkus atas tujuan pasaran.

Bukan semua tempat boleh digali untuk mendapatkan sumber air mineral.

Misalnya hari ni, punyalah susah nak cari tempat tu..nun jauh kedalam kawasan pedalaman.
Ini kerana kawasan sedemikian jauh daripada sumber pencemaran.

Sumber air ini juga hendaklah mendapat kelulusan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dahulu sebelum dapat dikormersialkan.

Jarak kedalaman mestilah lebih 100m kebawah tanah.

Air yang diambil ini akan melalui pelbagai proses penapisan dan pembunuhan kuman sebelum dapat dibotolkan.

Air ini juga akan dihantar ke makmal secara berjadual untuk ujian kandungan bahan mineral, pencemar dan mikrobiologi.

Premis ini juga akan dipantau pengeluaranya..

Dari segi persijilan halal juga hendak dipastikan tiada ladang ternakan khinzir 5 KM daripada premis.

Kawasan juga mesti berjauhan daripada kawasan pembuangan sampah atau kawasan perumahan bagi mengelakkan pencemaran terhadap sumber air.

Jadi tak hairanlah harga air mineral mahal sedikit berbanding air minuman berbungkus biasa.

Jumpa lagi..bye..

Isnin, 22 Disember 2008

Jagung Manis

Hari ni hari pertama ke Johor, ada 3 hari lagi...
Dari Cyberjaya ke Simpang Renggam Hampir 4 jam..
Sampai je destinasi terus lakukan audit.
Hemm...jual jagung pun boleh jadi kaya?
Pernahkah anda terfikir dengan menjual jagung pun kita boleh buat duit yang banyak.
Kita biasa melihat orang menjualnya ditepi-tepi jalan dan pasar malam.
Rupanya dengan kita membuat perubahan sedikit penampilan cara penjualan jagung kita boleh menjualnya ke luar negara.
"Whole Kernel Corn" jagung biji..saya masih ingat nenek saya pernah membuatnya dirumah dahulu semasa masih kecil, caranya jagung rebus di potong/disisir dengan pisau dan ditambah dengan kelapa parut muda. Mungkin caranya makan sebab tiada gigi.

Tapi apa yang saya ingin kongsikan bahawa dengan kita membuat penambah baikkan sesuatu ia boleh menjadi satu benda yang hebat, seperti jagung rebus tadi.

Jadi bila makan jagung rebus dalam cawan, ingatkan cerita ini...

Rabu, 17 Disember 2008

Lesitin


Lesitin digunakan dalam pelbagai jenis makanan sebagai agen pengemulsi (Membantu lemak daripada berpisah).

Sumber utama semulajadi lesitin adalah daripada makanan yang tinggi lemak seperti telur, hati, kacang tanah, sayur-sayuran.

Secara komersial dihasilkan daripada "by-product" untuk penghasilan tepung kacang soya dan minyak masak.

Namanya adalah berasal daripada perkataan greek untuk telur kuning (lekithos).

Lesitin dijual dalam bentuk kapsul soft gelatin atau bentuk granul dan dimakan sebagai makanan kesihatan.

Jika kita menjumpainya didalam produk seperti coklat pastikan ia bertulis lesitin daripada kacang soya.


Apa pendapat anda?

Isnin, 15 Disember 2008

"SUDAN DYES/PEWARNA SUDAN"

Pewarna sudan adalah pewarna merah yang digunakan untuk mewarna pelarut, minyak, petrol, kasut dan pengilat lantai.



Pernah dijumpai didalam serbuk chilli yang diimport dari India ke EU.

Ada juga beberapa produk yang mengandungi perwarna ini. Pewarna merah Sudan ini adalah dilarang dimasukkan ke dalam bahan makanan. Ia dikelaskan sebagai "Karsinogenik" (Boleh menyebabkan kanser).
Ia tidak hadir/dijumpai secara semulajadi didalam makanan.

Ia juga diharamkan di Malaysia jika kita merujuk kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Apa pendapat anda?

Jumaat, 12 Disember 2008

SEMBELIHAN MENGIKUT SYARA' VS SEMBELIHAN CARA BARAT

Pada hari raya korban lepas, saya tak melepaskan peluang menjalankan ibadah korban (saya satu bahagian je) di Muar.
Alhamdullillah dua ekor lembu telah dibuat korban.
Semuanya berjalan lancar dari proses sembelihan sehinggalah proses pembahagian daging korban.
Nak cerita pasal sembelihan ni teringat saya kepada artikel mengenai sembelihan cara Islam berbanding cara barat.     


Ada saintis islam daripada salah sebuah universiti dari Jerman telah membuat kajian mengenai kaedah penyembelihan mengikut hukum syara' dengan cara sembelihan orang barat.

Ini adalah kerana terdapat pendapat menyatakan sembelihan cara Islam ni kejam terhadap haiwan kerana selepas sembelihan didapati haiwan tersebut meronta-ronta seolah-olah kesakitan. Mereka menyatakan sembelihan cara barat lebih berperkehaiwanan (betul ke BM saya ni?) kerana apabila haiwan tersebut diketuk kepalanya dengan sejenis alat pemengsan ("Stunner"), haiwan tersebut tidak meronta malah tenang sahaja.

Jadi saintis ini mengkaji sejauh mana kebenaran hipotesis ini. Dua lembu disembelih lembu pertama disembelih cara barat dan seekor lagi cara Islam. Kedua-dua lembu ini disambungkan pada alat pengesan otak yang dinamakan EEG. Alat ini boleh mengesan ransangan pada otak yang boleh menunjukkan jika haiwan tersebut berasa sakit atau tidak.

Lembu pertama yang menggunakan cara barat dengan menghentak kepala haiwan tersebut sebelum disembelih didapati ada isyarat lembu itu mengalami kesakitan teramat sangat. Bila dibelah kepala lembu tersebut didapati otaknya pecah, jadi lembu tersebut mati bukan kerana sembelihan tetapi kerana hentakan yang kuat kepada kepalanya.

Lembu kedua didapati tiada isyarat daripada alat EEG ini, rupa-rupanya sebab pisau yang digunakan tajam, lembu tersebut tidak merasakan kesakitan. Keputusan ini boleh menguatkan lagi syarat sembelihan iaitu kenapa pisau mestilah tajam....

Dari segi kualiti daging juga berbeza, sembelihan secara barat menyebabkan darah terkumpul didalam badan haiwan tersebut kerana otak telah tidak berfungsi. Darah yang banyak tidak baik untuk kesihatan kerana darah banyak mengandungi asid urik yang toksik.

Lembu kedua didapati hampir pengaliran darah keluar sangat baik kerana semasa sembelihan dijalankan otak masih berfungsi seperti biasa disebabkan haiwan tersebut tidak merasa sakit. Daging yang dihasilkanya berkualiti.

Apa pendapat anda?


Khamis, 11 Disember 2008

"PENAMBAH PERISA MAKANAN"

Masakan atau produk kalau tak ditambah MSG (Penambah perisa makanan) tak "kick" orang kata,
Banyak orang kata kalau guna banyak MSG dalam makanan boleh menyebabkan reput tulang, hilang rambut dan lain-lain. Bagi saya kalau guna ape pun kalau berlebihan akan menyebabkan mudarat.

Gula jika berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis dan garam berlebihan akan menyebabkan darah tinggi.Jadi banyak daripada kita akan cuba mencari produk yang terdapat label "Free MSG", sebenarnya memang mereka tak tambah MSG tetapi diganti dengan bahan penambah perisa yang lain dengan fungsinya sama sahaja seperti MSG.

Apa sebenarnya penambah perisa ni?

Berfungsi untuk meningkatkan rasa pada sesuatu makanan.

Contohnya MSG (Monosodium Glutamate) E621 ditambah pada makanan terproses seperti sup, sos dan sosej.

Garam walaupun tak dikategori sebagai bahan tambah makanan, banyak digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan.

Ape pendapat anda ?


Rabu, 10 Disember 2008

"Waa...jangan takut ini halal punya Ubat!!!!"

Pernah saya ke kedai ubat cina (sen-sei) untuk membeli susu tepung.
Semasa sedang mencari susu tersebut, kendengaran tokey kedai "Waa..jangan takut ini ubat halal punya..." tokey tersebut sedang bercakap dengan seorang wanita pertengahan umur..wanita itu tersengih tanda bersetuju...

Saya tersenyum...dalam hati kecil saya " Mane tokey ni tau halal ke tidak ubat tu...".
Sepanjang pengalaman saya membuat pemeriksaan halal, kita hendaklah berhati-hati dengan herba traditional cina, ubat herba mereka kadang-kadang berbeza dengan kita.

Jika herba melayu sudah tentu kita membayangkan tongkat Ali, Kacip Fatimah, Hempedu Bumi, Misai Kucing dan lain-lain.

Dalam perubatan herba cina bila dikatakan "Ubat Herba" ia bukan sahaja bersumberkan tumbuhan malah ada juga bersumberkan haiwan.

Antara haiwan yang digunakan cacing tanah, ular, kala jengking, khinzir, harimau, beruang,landak dan lain-lain. Ini sudah lama diamalkan sejak turun temurun lagi.
Malah saya lihat terdapat orang islam mengambil ringan mengenai soal ini.

Mungkin kerana mereka tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu, malah kadang-kadang tidak kisah..
Ini juga mungkin disebabkan label pada ramuan tersebut banyak menggunakan perkataan sainstifik, untuk orang awam ini sukar bagi mereka.
Ada juga saya temui dipasaran ubat untuk kesuburan yang berasal dari negara China ada menggunakan "Tulang Ayam Hitam" tetapi ditulis dalam bahasa sainstifik.

Pendapat saya sudah tiba masanya kita belajar cara untuk mengenali setiap ubat herba yang kita beli dipasaran samada ia mengandungi bahan yang bersumberkan haiwan atau tidak.


Apa pendapat anda semua?????

Khamis, 4 Disember 2008

RIBOFLAVIN/VITAMIN B12

Salam...        

Dalam penghasilan makanan terproses sekarang yang melalui pelbagai proses pemanasan dan penyejukkan telah menyebabkan banyak vitamin-vitmain yang penting untuk tubuh manusia telah hilang.



Pihak pengilang telah menambahkan kembali vitamin yang hilang ini tetapi mengikut peraturan-peraturan makanan. Ini boleh dilihat untuk produk susu pekat manis, roti, tepung gandum,makanan bayi, birin sarapan, pasta, cheese terproses, minuman buahan, minuman tenaga dan lain-lain.

Vitamin B memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga untuk tubuh badan manusia. Ia perlu untuk metabolisma lemak, karbohidrat dan protin.

Sumber Vitamin B2 antaranya susu, cheese, sayuran hijau, hati, nuah pinggang, kekacang, yeast dan almond, tetapi cahaya matahari mudah menghilangkan Riboflavin/vitamin B2.

Penghasilan vitamin B2 hari ini secara kormersial melalui mikroorganisma.
Sebagai pengguna kita perlu memastikan apakah sumber vitamin B2 yang digunakan. Jika haiwan pastikan haiwan yang halal sahaja.


SLOT MOTIVASI:

"Kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan setiap masa/setiap hari, oleh itu apa yang kita fikirkan setiap hari/masa?"


Isnin, 1 Disember 2008

Lauric fat/Lemak Lauric




Biasanya ia diperolehi daripada Isi rong kelapa sawit atau kelapa.

Ia dalam bentuk minyak atau separa pepejal.

Boleh juga diperolehi melalui lemak-lemak yang lain (lemak haiwan dll.).

Perlu dipastikan daripada lemak apa yang digunakan untuk menghasilkanya.



TIP MOTIVASI

Semalam baru habis baca mengenai cerita Jutawan Lim Goh Tong, antara perkara yang boleh dipelajari darinya adalah beliau mempunyai kebiasaan/habit membawa kertas/buku kecil kemana-mana jua.

Beliau akan menggunakanya untuk menulis apa-apa perkara atau idea yang terfikir, juga sebagai diari harian/catatan perkara apa yang perlu dilakukan setiap hari.

Jadi dengan itu apabila ada sahaja idea biznes dalam fikiran terus dicatatnya, ini kerana kalau tidak mencatatkanya, kita akan mudah lupa.

Saya telah pun mengamalkanya dan hasilnya memberansangkan.

Bagi saya kita perlu belajar daripada orang-orang yang telah berjaya, tetapi jangan pula mengikut perkara-perkara  yang buruk.

Sekian....