Rabu, 7 Oktober 2015

Betul Ke Kedai Kopi Starbuck Tak Halal?

Siapa tak kenal kedai minuman palig digemari anak muda kini iaitu Starbuck?
Kedai kopi paling berjaya di dunia...dengan hanya menjual kopi.
Bermula di Amerika Syarikat, kini diserata dunia termasuk Malaysia.

Aku pun suka juga...cuma tang harganya...
baru-baru ni kecoh...orang cakap betul ke, Starbuck halal? Aku cakap kenapa pula..? Mereka cakap bahan yang digunakan dalam kopi adalah haram. 

Jadi aku dapatkan jawapan dari pihak berkuasa dan aku puas hati mereka menafikanya. Mereka kata Starbuck dah lama pemegang sijil halal JAKIM jadi takde isu apa pun... Oleh itu kalau nak minum tiada isulah...

Viral Palsu!!




Selasa, 6 Oktober 2015

Penyakit Anjing Gila

Kredit: caringvets.com


Kecoh beberapa minggu ni mengenai penyakit anjing gila. Mana tidaknya terpapar di dada akhbar beberapa mangsa dikatakan telah digigit dengan anjing liar dan lebih menakutkan didapati anjing tadi disahkan dijangkiti penyakit rabies (Penyakit anjing gila). Lama dah dengar isu ni semasa kecil dulu, penyakit anjing gila. Tapi apa ye? Adakah anjing yang dijangkiti ni, gila? Kalau orang gila senang sikit nak kita tau. Jadi aku buat sikit bacaan untuk sahkan apa dia penyakit anjing gila ni.

Pertama sekali apa itu rabies?
Rupanya rabies ni adalah jangkitan viral dipindahkan dari air liur haiwan yang dijangkiti. Biasanya melalui gigitan manusia atau haiwan. Jadi virus ni rupanya boleh rosakkan otak dan membawa kematian.


Macamana kita nak tahu anjing itu ada dijangkiti penyakit ni?

Orang kata anjing tu akan nampak garang dan agresif. meleleh air liur dan susah menelan. Ia juga  akan merenung atau mengalami sawan.

Langkah-langkah untuk elak digigit anjing:

1. Jangan ganggu anjing semasa dia makan, tidur atau semasa ia bersama anak-anaknya.

2. Jangan berlari atau bergerak berhampiran anjing

3. Jangan merenung terus ke mata anjing.

4. Jangan mendekati anjing yang diikat atau dikurung

5. Jika diserang anjing, berdiri seperti tunggul atau batu

Sumber dari group yang dikatakan pesanan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

hurrmmm...bahayakan?

Kredit: KKM







Ahad, 4 Oktober 2015

Babi Dalam Tin Ada Logo Halal?

Jawapan Dari Jabatan Agama Sarawak
Minggu lepas ada viral baharu, mana taknya image produk babi dalam tin ada logo halal Malaysia?
Bagaimana boleh jadi macam ni? Riuh kawan dalam group whatpps seluruh Malaysia.
Puas juga nak menjawap. Mana taknya cuba tengok kat bawah.

Stewed Pork Halal Palsu!!

Jelas tertulis pada label hadapan amat besar logo halal Malaysia. Melampau betul siapalah yang buat kerja ni. Mustahil badan berkuasa memberikan pensijilan kepada produk ni!!
Kalau lihat secara dekat nampak macam super impose. Akhirnya pihak berkuasa telah memberikan penerangan atas isu ini...rupanya palsu...

Jadi sebelum kita pun viral kan kepada group kawan-kawan kita lebih kita siasat dahulu...

Snap Dari Group