Selasa, 6 Oktober 2015

Penyakit Anjing Gila

Kredit: caringvets.com


Kecoh beberapa minggu ni mengenai penyakit anjing gila. Mana tidaknya terpapar di dada akhbar beberapa mangsa dikatakan telah digigit dengan anjing liar dan lebih menakutkan didapati anjing tadi disahkan dijangkiti penyakit rabies (Penyakit anjing gila). Lama dah dengar isu ni semasa kecil dulu, penyakit anjing gila. Tapi apa ye? Adakah anjing yang dijangkiti ni, gila? Kalau orang gila senang sikit nak kita tau. Jadi aku buat sikit bacaan untuk sahkan apa dia penyakit anjing gila ni.

Pertama sekali apa itu rabies?
Rupanya rabies ni adalah jangkitan viral dipindahkan dari air liur haiwan yang dijangkiti. Biasanya melalui gigitan manusia atau haiwan. Jadi virus ni rupanya boleh rosakkan otak dan membawa kematian.


Macamana kita nak tahu anjing itu ada dijangkiti penyakit ni?

Orang kata anjing tu akan nampak garang dan agresif. meleleh air liur dan susah menelan. Ia juga  akan merenung atau mengalami sawan.

Langkah-langkah untuk elak digigit anjing:

1. Jangan ganggu anjing semasa dia makan, tidur atau semasa ia bersama anak-anaknya.

2. Jangan berlari atau bergerak berhampiran anjing

3. Jangan merenung terus ke mata anjing.

4. Jangan mendekati anjing yang diikat atau dikurung

5. Jika diserang anjing, berdiri seperti tunggul atau batu

Sumber dari group yang dikatakan pesanan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

hurrmmm...bahayakan?

Kredit: KKM







Tiada ulasan:

Catat Ulasan