Ahad, 11 Januari 2015

Tikus Dalam Sayur

Assalamualaikum.

Bukan pertama kali isu pelanggan yang makan direstoren menemui benda asing dalam makanan mereka. Batu, Serpihan kayu, serpihan kaca dan kayu, jari manusia dan perkara yang menjijikkan.

Bayangkan anda sedang menikmati makanan kegemaran terjumpa perkara yang menjijikkan dalam makanan yang anda sedang makan, pasti membunuh selera.
http://news.asiaone.com/news/singapore/rat-found-salted-vegetables-marina-square-chinese-restaurant


Pelanggan di negara kita mungkin ambil mudah sahaja, kalau terjumpa rambut, batu senyap sahajalah untuk jaga hati pemilik restoren. Perkara ini tidak boleh dibiarkan menjadi budaya masyarakat kita. 

Kalau di negara maju seperti Amerika Syarikat pasti pemilik pernigaan itu akan didakwa, kerana ia boleh membahayakan nyawa, maka pihak peniaga mengambil perkara ini sebagai serius.

Dua hari selepas perkara yang mengemparkan telah berlaku di negara Singapura.Sebuah restoren di Marina Square. Pelanggan yang sedang beratur untuk mengambil makanan terkejut dalam bekas berisi lauk pauk terdapat bangkai tikus yang mengerikan disebalik sayur yang siap dimasak. 

Apabila diajukan kepada pemilik ia menafikan dan menggantikan dengan sayuran lain.
Pelanggan yang marah tadi telah mengambil gambar lalu menyebakan melalui Facebook beliau.

Yang menariknya terdapat pelanggan yang telah selesai memakannya tanpa menyedari bangkai tikus didalamnya. Akhirya pelanggan tadi telah membuat laporan kepada National Environment Agency (NEA). Kini restoren tersebut telah disiasat, maklumat terkini kedai tadi diarah tutup.

Dulu aku dah masukkan satu enteri yang berkaitan tips untuk kita memilih restoren. Moga entri tu dapat bantu kita semua dan dapat elak dari menjadi mangsa.Kalau nak baca lebih mendalam sila masuk ke laman web ni. 

 
Marina Square Chinese restaurantMarina
arina Square Chinese restaurant
arina Square Chinese restaurant

Tiada ulasan:

Catat Ulasan